Friday, April 30, 2010

Korean Invasion

Sudah lama tidak mengemaskini blog.

Sudah lama hendak tulis blog mengenai tajuk ini, tapi tiada masa.

Sekarang ada masa. Jadi tulislah blog pasal ini.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, terjadilah satu fenomena yang aneh di bilik saya. Mungkinkah tentera korea menyerang bilik saya? tidak. sebenarnya invasi dari korea ini hadir dalam bentuk yang lain. Dikala peperiksaan akhir tahun semakin hampir, ia hadir. Ya, ia hadir dalam kumpulan, samada berenam ataupun bersembilan, ia terus menyerang kepala otak saya. Serangan yang dimaksudkan ialah kumpulan penyanyi wanita korea.

Gee, Oh, Bopeep dan Mr.

Apakah ini semua?

Ya, jika anda menyebutnya 100x, maka ia akan menjadi korus lagu yang berjaya. Serius saya katakan, semasa peperiksaan akhir semester, lagu2 ini sering berkumandang di dlm kepala.

Berbekalkan korus2 yg "menangkap" dan rupa paras yang comel, serta tarian yang comel serta seksi, ia berjaya membuatkan saya untk belajar bahasa korea. kalau rajin saya akan muatnaik beberapa video ke blog.

Sekan.

2 comments:

Syahidi Alfee said...

LOL.

Sekian la, bukan sekan. Ada error skit.

Marissa Berliana said...

haha .. pi naik air asia pi korea naaa.. boley usha awex2