Monday, May 31, 2010

Sistem Pesanan ringkas

Ya. mungkin 20 30 hari i saya begitu sibuk dengan tidak melakukan apa2 sehingga lupa untuk mengupdate blog ini.

merujuk kepada perkara diatas, sistem pesanan ringkas. banyak aspek yang boleh dibincangkan melalui topik ini. tapi apa yang menarik minat saya ialah gaya pesanan ringkas yg tidak berapa ringkas.

Jika saya, ia mungkin sedemikian
"Uit, katne? bsn aa" = Uit, dekat mana, bosan la"


tetapi trend zaman remaja zaman sekarang, ia mungkin berbunyi sebegini.
" uit, dkat manew? buhsan lew"

kita perhatikan pesanan ringkas trend masa kini, ia tidaklah meringkaskan lagi pesanan yang ada, bahkan menambah lagi pesanan yang sedia ada. mujurlah sistem pesanan ringkas sekarang yang sedia ada tidak begitu mengecas pesanan berdasarkan huruf.

sekan. (memang sekan, bukan sekian, tiada typo disini.. wahahaha)


2 comments:

fingerscrossed said...

Kadang kadang, kena baca mesej sampai 2 - 3 kali baru faham...

Nonie Agnes said...

aiman!!!!!