Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0

Selamat tengah hari semua.
Sekian lama tidak mengupdate blog ini.

Ini bukanlah entri berbaur politik yang ingin menghasut mana2 pihak, akan tetapi entri ini lebih kepada persepsi orang ramai dan juga ego manusia.

Saya begitu tertarik dengan kebanyakkan komen dari orang kebiasaan, orang ketidakbiasaan dan  juga orang yang agak bijaksana melontarkan hujah2 mereka.

Tidak perlu dibicarakan lagi mengenai apa itu bersih, saya tahu semua sudah tahu apa itu bersih. dan tidak perlulah saya rungkaikan apa tujuan utama demo ini dilakukan.

Pertama kalinya, kita boleh bahagikan jenis pengkomen2 yang berada di fisbuk ini.
     a) pro bersih - akan meletakkan isu2 yang menyokong statemen mereka. walaupun tidak salah, tapi tidak
                            juga betul. dan juga tujuan bersih
     b) noob bersih - akan mengepost mengenai demo, tujuan dan lokasi yang menyusahkan orang ramai.
                               kenapa perlu dibuat di tengah bandaraya, dan tidak dibuat di tempat lain.
     c) neutral bersih - menyokong tujuan bersih dan membantah demo.
     d) golongan khas - tidak kisah dan tidur dirumah.

Secara jujurnya, saya mungkin berada dikategori d, tapi saya tidak juga menyalahkan kategori2 lain yang berada diatas, semuanya saling memerlukan.

Bak kata salah seorang pemandu teksi yang saya pernah naik, semua benda dicipta berpasangan, untuk mengimbangkan segalanya. Begitu juga dengan kategori diatas. Sekiranya semua orang di golongan D, maka lingkuplah mana2 negara sekalipun.

Berbalik kepada ego, saya terlihat debat diantara golongan a dan b, yang memberikan hujah2 mereka sendiri. Apakah yang ingin dibuktikan? Mereka terlalu taksub dengan kesalahan yang lain sehingga gagal untuk melihat apa yang benar, dan percayalah, tiada asas yang kukuh dan bukti yang dapat diberikan, semuanya berdasarkan perbualan orang ramai dan kabar angin yang jika mereka rasa memihak kepada mereka, mereka akan percaya. Sekiranya perasaan ego ini dikurangkan, mungkin kita akan mampu memperoleh keamanan sejagat. haha.

Memang mustahil untuk memperoleh kata sepakat, tatkala di zaman ini.

Pada pendapat saya, bukan orang yang korupsi yang menyalahgunakan kuasa, akan tetapi kuasa yang mengkorupsikan orang tersebut. tidak kira siapa (cuma seorang sahaja yg saya mampu fikir untuk memimpin dgn adil, tapi itu cuma pendapat saya dan ianya satu perkara yang subjektif)

Maaflah kerana entri ini agak serius.

Sekian

Thursday, July 28, 2011

Malaysia VS Singapura

Pertama sekali, tahniah la kpd Singapura kerana berjaya ke pusingan seterusnya.

Setelah menonton perlawanan malam ini. bolehlah saya rungkapkan mengenai permainan malam ini.

pertama, tahniah kepada penjaga gol malaysia, kerana tanpa beliau, malaysia pastu tewas dengan dahsyatnya. penjaga gol hari ini lebih fokus dan kita dapat lihat usaha2 beliau untuk menyelamatkan bola dari masuk ke dalam gol. jika kita menggunakan penjaga gol terdahulu, nescaya kita tewas dengan dasyat.

Kedua, taktik yang gagal. mungkin jurulatih negara ingin membuat kejutan dengan taktik ini. tp dengan mudah dibaca oleh pemain lawan. mereka hanya perlu berdiri tegak didalam kotak penalti utk mematahkan taktik ini. ya. taktik yang saya masudkan ialah long ball @ bahasa melayunya, hantaran jauh. mungkin pemain2 malaysia telah menipu juru ukur tinggi negara dengan menyatakan mereka semuanya 6 kaki lebih. siapa tahu. dan kelibat seorang satu penyerang, jika beliau berjaya menanduk bola tersebut. tiada siapa yang dapat menyambutnya susulan tandukan tersebut.

ketiga. mungkin warna jersi. ketika saya menonton di tv. saya rasa pasukan lawan begitu ramai. tapi bila kira semula. sama sahaja. ataupun pemain negara berasa malu untuk masuk kedalam kamera. sekaligus mengelakkan diri dari masuk kedalam lingkungan kamera sekaligus terpapar di kaca televisyen.

keempat. mungkin ramai berkata. pemain singapura begitu mudah jatuh dan cedera selama beberapa mnit shaja. walaupun ini tidaklah se sportsmanship mana, tapi inilah taktik. taktik yang btul di waktu yang btul. tetapi ini mengganggu rentak permainan. ketika sepuluh minit terakhir, saya sangat berharap pemain negara memberi uppercut yang kuat kepada penjaga gol pihak lawan, tp akibat semangat kesukanan, pemain negara cool sahaja.

kelima. mungkin faktor permainan pertama. sangat truk.

tidak mengapa. bola adalah bulat. mungkin suatu hari nanti malaysia akan layak ke mana2 acara berprestij di dunia.

Thursday, March 10, 2011

Lazy people makes the world go round

Selamat sejahtera la kepada semua, sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini..

Merujuk kepada tajuk diatas, ala2 bahasa inggeris itu. tidakkah anda semuar terfikir, jika tiada orang malas di dunia ini, tidak akan terhasilnya segala peralatan moden yang canggih sepertimana yang ada sekarang..

Mari kita ambil satu contoh ini, hos/getah paip. sekiranya semua orang rajin didalam dunia ini, maka hos paip ini tidak akan tercipta. mungkin tempat penyiram air itu juga tidak dicipta. bayangkan sekali lagi, untuk menyiram bunga, jika semua orang rajin, pasu itu akan diangkat dikawasan paip air untuk disiram.

kemudian, timbul satu idea dari seseorang yg malas, iaitu mencipta tempat menyiram air itu.. lagi senang untuk beliau untuk mengangkat air ke pasu dari pasu itu ke air..

Kemudian lagi, seorang yang lagi malas muncul dgn idea. "nak angkat air tu berat, kan senang kalau air tu trus je g sana" lantas terciptalah getah/hos paip itu..

Selepas itu, muncul pula orang yg paling malas, dan fikir.. "malaslah nak angkat getah paip tu kesetiap pokok" dan lantas terciptalah water sprinkler yang keluar dari tanah tu..

Kesimpulannya, kita perlukan orang malas di dunia ini

HaHa..


Monday, October 25, 2010

Kisah Klasik Untuk Masa Depan


sangat malas. untuk lbih jelas. klik pada text diatas.

Sunday, October 10, 2010

Konvokasi

akibat tertekan butang, publish post, entri ini dihasilkan. jadi terpaksalah saya meneruskan entri ini dengan mengeditnya.

ya, pada 4/10/2010, majlis konvokasi para graduan di UIA telah diadakan. dan sya adalah salah satu penerimanya.

tidak salah jika saya meminta ucapan tahniah daripada pembaca2 blog saya. haha

dengan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua para graduan.

dan dengan ini jugalah, tamatnya satu kisah didalam hidup ini.

maaflah kerana tidak lama mengupdate. mungkin dizaman akan datang, jika saya masih mengganggur, blog ini akan lebih kerap diupdate.

sekian

Monday, May 31, 2010

Sistem Pesanan ringkas

Ya. mungkin 20 30 hari i saya begitu sibuk dengan tidak melakukan apa2 sehingga lupa untuk mengupdate blog ini.

merujuk kepada perkara diatas, sistem pesanan ringkas. banyak aspek yang boleh dibincangkan melalui topik ini. tapi apa yang menarik minat saya ialah gaya pesanan ringkas yg tidak berapa ringkas.

Jika saya, ia mungkin sedemikian
"Uit, katne? bsn aa" = Uit, dekat mana, bosan la"


tetapi trend zaman remaja zaman sekarang, ia mungkin berbunyi sebegini.
" uit, dkat manew? buhsan lew"

kita perhatikan pesanan ringkas trend masa kini, ia tidaklah meringkaskan lagi pesanan yang ada, bahkan menambah lagi pesanan yang sedia ada. mujurlah sistem pesanan ringkas sekarang yang sedia ada tidak begitu mengecas pesanan berdasarkan huruf.

sekan. (memang sekan, bukan sekian, tiada typo disini.. wahahaha)


Friday, April 30, 2010

Korean Invasion

Sudah lama tidak mengemaskini blog.

Sudah lama hendak tulis blog mengenai tajuk ini, tapi tiada masa.

Sekarang ada masa. Jadi tulislah blog pasal ini.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, terjadilah satu fenomena yang aneh di bilik saya. Mungkinkah tentera korea menyerang bilik saya? tidak. sebenarnya invasi dari korea ini hadir dalam bentuk yang lain. Dikala peperiksaan akhir tahun semakin hampir, ia hadir. Ya, ia hadir dalam kumpulan, samada berenam ataupun bersembilan, ia terus menyerang kepala otak saya. Serangan yang dimaksudkan ialah kumpulan penyanyi wanita korea.

Gee, Oh, Bopeep dan Mr.

Apakah ini semua?

Ya, jika anda menyebutnya 100x, maka ia akan menjadi korus lagu yang berjaya. Serius saya katakan, semasa peperiksaan akhir semester, lagu2 ini sering berkumandang di dlm kepala.

Berbekalkan korus2 yg "menangkap" dan rupa paras yang comel, serta tarian yang comel serta seksi, ia berjaya membuatkan saya untk belajar bahasa korea. kalau rajin saya akan muatnaik beberapa video ke blog.

Sekan.