Monday, February 15, 2010

Selepas 6 tahun...

Selepas 6 tahun, semenjak dari tingkatan 5, saya telahpun berusia 23 tahun..

Intro yang menarik bukan?

Sebenarnya, setelah 6 tahun, saya bertemu semula dengan rakan2 sekolah menengah saya. Oceng Najib,Azpa, Alip, dan Safuan (tidak mengikut urutan kesukaan).bolehlah diibaratkan mini re-u(walaupun tidak sampai 1% dari populasi pelajar).

Pertemuan diadakan bertempat di midvalley. tempat dipilih berdasarkan kemobilan semua orang untuk hadir ke tempat tersebut, dan semua orang patutnya berjumpa pada pukul 11 pagi.

Dengan semangatnya menetapkan jam pada pukul 9.30 pagi.(mlm smlm)

Jam 11 pagi. Masih tidur...

Jam 12 tghhari. keluar menaiki kenderaan awam. haha, tidak lewat rupanya. baru terlihat kelibat 2 orang. kira dapat pingat gangsa dlm kehadiran. Azpa dan Safuan.

Seorang demi seorang datang. dan cukuplah semuanya. Bertegursapa, makan dan pulang kerumah.. dan borak juga.

haha..





Nak Letak gambar Juga

Selepas membelek2 blog rakan2 saya ataupun blog orang ain, baru saya sedar apa kurangnya blog saya. perkara yang paling jelas dan nyata sekali ialah kekurangan gambar. Gambar2 yang begitu indah, yang sedap mata memandang yang telah diedit menggunakan photoshop. mungkin saya tidak tahu menggunakan perisian itu, jadi saya terpaksalah bermula dengan perisian yang mudah, iaitu Microsft Paint. Maaflah kalau tidak cantik. Saksikanlah...

Inilah Teman2 Saya Semasa Berada Di Uia..

Wednesday, February 10, 2010

Early Bird Gets The Worm

Mungkin Setiap hari anda mendengar peribahasa, tidak kiralah secara langsung ataupun tidak secara langsung. tapi pernahkan anda semua terfikir mengenai perspektif suatu peribahasa itu? jika anda melihat peribahasa dai sudut yang lain, mungkin ia akan membawa padah.

Sebagai contoh, kita ambil peribahasa ini,
" Early bird gets the worm"

Jika seekor tikus rumah meggunakan peribahsa ini, mungkin ia akan membawa padah kepada dirinya kerana,
" The Second Mouse will get the cheese from the trap"

Ini kerana tikus yang keluar awal tadi sudahpun terkena perangkap tikus yang disediakan.Sudah pasti tikus yang keluar awal tadi akan berasa bengang dengan peribahasa yang sering digunakan itu.

Bagaimana pula dengan cacing? Sekiranya dia keluar awal, sudah pasti dia akan dimakan oleh burung yang keluar awal. pasti keluarganya akan berasa kecewa.

Mungkin terdapat banyak lagi peribahasa2 yang jika dilihat dari perspektif yang berlainan, akan membawa lebih banyak keburukan.


Thursday, February 4, 2010

Perasaan - Marah

Setiap manusia di dunia ini mempunyai perasaan. tahap perasaan seseorang adalah sangat berbeza. ada yang sangat perasan dan ade yang kurang perasan.

namun bagi saya, seperti telah kehilangan beberapa perasaan yang agak penting bagi seseorang. tapi, tidak semua perasaan hilang begitu sahaja, bahkan ada sesetengah perasaan yang semakin kuat, contohnya seperti perasaan lapar. perasaan ini sangat kuat ketika saya menulis blog ini.

berbalik semula kepada perasaan yang telah hilang, antara perasaan yang telah lama hilang didalam diri saya ialah perasaan marah. serius saya katakan, sudah lama saya tidak marah. saya pun hairan. sudah menjadi terlampau pesimis..

sebagai contoh, saya tiba2 menarik diri dar keluar bersama seorang rakan, dia marah. lalu dia bertanya, apa yang awak rasa kalau saya yang tiba2 menarik diri untuk keluar bersama? Dengan tidak ikhlasnya saya menjawab, "Mestilah marah". walhal di dalam hati ini, saya mungkin akan berprasangka, oh, mungkin dia ada hal lagi penting kot, mungkin lain hari moleh keluar lagi."

Marah juga mempunyai beberapa kategori. Antaranya ialah:
  1. Marah Bertempat - Mungkin sesetengah tempat di dunia ini mungkin mencetuskan kemarahan dia. mungkin sehjarah silam yang menghantuinya, ataupun dia memang x suka dekat tempat tu.
  2. Marah tidak bertempat - Manusia jenis ini memang payah. kita tidak tahu tempat dimana dia hendak marah. mungkin suatu hari ketika anda menaiki bas bersama sama, anda akan dimarahi oleh dia.
  3. Marah Betul - Dia yakin dia betul dia marah ataupun dia marah sebab dia betul.
  4. Marah Marah Ayam - Mungkin ingin mengada ngada bersama dengan tersayang dan diharap akan dipujuk.
mungkin terdapat banyak lagi jenis2 kemarahan yang ada.

pada pendapat saya, semakin tinggi nilai kesabaran seseorang itu, semakin tinggi kuasa kemarahannya.