Thursday, July 28, 2011

Malaysia VS Singapura

Pertama sekali, tahniah la kpd Singapura kerana berjaya ke pusingan seterusnya.

Setelah menonton perlawanan malam ini. bolehlah saya rungkapkan mengenai permainan malam ini.

pertama, tahniah kepada penjaga gol malaysia, kerana tanpa beliau, malaysia pastu tewas dengan dahsyatnya. penjaga gol hari ini lebih fokus dan kita dapat lihat usaha2 beliau untuk menyelamatkan bola dari masuk ke dalam gol. jika kita menggunakan penjaga gol terdahulu, nescaya kita tewas dengan dasyat.

Kedua, taktik yang gagal. mungkin jurulatih negara ingin membuat kejutan dengan taktik ini. tp dengan mudah dibaca oleh pemain lawan. mereka hanya perlu berdiri tegak didalam kotak penalti utk mematahkan taktik ini. ya. taktik yang saya masudkan ialah long ball @ bahasa melayunya, hantaran jauh. mungkin pemain2 malaysia telah menipu juru ukur tinggi negara dengan menyatakan mereka semuanya 6 kaki lebih. siapa tahu. dan kelibat seorang satu penyerang, jika beliau berjaya menanduk bola tersebut. tiada siapa yang dapat menyambutnya susulan tandukan tersebut.

ketiga. mungkin warna jersi. ketika saya menonton di tv. saya rasa pasukan lawan begitu ramai. tapi bila kira semula. sama sahaja. ataupun pemain negara berasa malu untuk masuk kedalam kamera. sekaligus mengelakkan diri dari masuk kedalam lingkungan kamera sekaligus terpapar di kaca televisyen.

keempat. mungkin ramai berkata. pemain singapura begitu mudah jatuh dan cedera selama beberapa mnit shaja. walaupun ini tidaklah se sportsmanship mana, tapi inilah taktik. taktik yang btul di waktu yang btul. tetapi ini mengganggu rentak permainan. ketika sepuluh minit terakhir, saya sangat berharap pemain negara memberi uppercut yang kuat kepada penjaga gol pihak lawan, tp akibat semangat kesukanan, pemain negara cool sahaja.

kelima. mungkin faktor permainan pertama. sangat truk.

tidak mengapa. bola adalah bulat. mungkin suatu hari nanti malaysia akan layak ke mana2 acara berprestij di dunia.