Monday, October 25, 2010

Kisah Klasik Untuk Masa Depan


sangat malas. untuk lbih jelas. klik pada text diatas.

Sunday, October 10, 2010

Konvokasi

akibat tertekan butang, publish post, entri ini dihasilkan. jadi terpaksalah saya meneruskan entri ini dengan mengeditnya.

ya, pada 4/10/2010, majlis konvokasi para graduan di UIA telah diadakan. dan sya adalah salah satu penerimanya.

tidak salah jika saya meminta ucapan tahniah daripada pembaca2 blog saya. haha

dengan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua para graduan.

dan dengan ini jugalah, tamatnya satu kisah didalam hidup ini.

maaflah kerana tidak lama mengupdate. mungkin dizaman akan datang, jika saya masih mengganggur, blog ini akan lebih kerap diupdate.

sekian

Monday, May 31, 2010

Sistem Pesanan ringkas

Ya. mungkin 20 30 hari i saya begitu sibuk dengan tidak melakukan apa2 sehingga lupa untuk mengupdate blog ini.

merujuk kepada perkara diatas, sistem pesanan ringkas. banyak aspek yang boleh dibincangkan melalui topik ini. tapi apa yang menarik minat saya ialah gaya pesanan ringkas yg tidak berapa ringkas.

Jika saya, ia mungkin sedemikian
"Uit, katne? bsn aa" = Uit, dekat mana, bosan la"


tetapi trend zaman remaja zaman sekarang, ia mungkin berbunyi sebegini.
" uit, dkat manew? buhsan lew"

kita perhatikan pesanan ringkas trend masa kini, ia tidaklah meringkaskan lagi pesanan yang ada, bahkan menambah lagi pesanan yang sedia ada. mujurlah sistem pesanan ringkas sekarang yang sedia ada tidak begitu mengecas pesanan berdasarkan huruf.

sekan. (memang sekan, bukan sekian, tiada typo disini.. wahahaha)


Friday, April 30, 2010

Korean Invasion

Sudah lama tidak mengemaskini blog.

Sudah lama hendak tulis blog mengenai tajuk ini, tapi tiada masa.

Sekarang ada masa. Jadi tulislah blog pasal ini.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, terjadilah satu fenomena yang aneh di bilik saya. Mungkinkah tentera korea menyerang bilik saya? tidak. sebenarnya invasi dari korea ini hadir dalam bentuk yang lain. Dikala peperiksaan akhir tahun semakin hampir, ia hadir. Ya, ia hadir dalam kumpulan, samada berenam ataupun bersembilan, ia terus menyerang kepala otak saya. Serangan yang dimaksudkan ialah kumpulan penyanyi wanita korea.

Gee, Oh, Bopeep dan Mr.

Apakah ini semua?

Ya, jika anda menyebutnya 100x, maka ia akan menjadi korus lagu yang berjaya. Serius saya katakan, semasa peperiksaan akhir semester, lagu2 ini sering berkumandang di dlm kepala.

Berbekalkan korus2 yg "menangkap" dan rupa paras yang comel, serta tarian yang comel serta seksi, ia berjaya membuatkan saya untk belajar bahasa korea. kalau rajin saya akan muatnaik beberapa video ke blog.

Sekan.

Friday, April 9, 2010

Ini Entri Emosi

Sudah sekian lama tidak menulis blog.

Ini Entri emosi. Ya. Memang ini entri yang emosi. Haiz~~

Aidil mungkin akan ketawa apabila melihat entri ini. Ini kerana saya jarang mengeluarkan sesuatu yg beremosi seperti ini. Mungkin sedih apabila meninggalkan sahabat2 yang telah 5 tahun bersama. 5 tahun yang dikongsi, pelbagai aktiviti telah diharungi bersama. jatuh motor, keluar beramai2. pergi ke kelas dan lain2. Adakah lagi kemungkinan yang sekumpulan manusia ini akan tinggal bersama2 didalam satu rumah dan melakukan aktiviti bersama? mungkin ya, mungkin tidak. masing2 mempunyai haluan yang ingin dituju oleh masing2.

Seorang demi seorang pulang kerumah. dan ketika ini, tinggallah saya seorang diri di dlam bilik yng kosong, yang tidak berapa lama dahulu dipenuhi dgn gelak tawa semua orang. Setiap masalah ditangani bersama.(Lol Air mata dah keluar >,<)

Syarman, Aidil, Ariep, Syahidi, Non, Muaz, Tokey, Iz, Pejai, Jack, Toksheh.. oh Hapis Suhaini juga la.. dan juga motor Elit 150 warna hitam,

Terima kasih dan saya berbangga mempunyai kawan seperti anda semua. Semoga berjaya.. nex wik jmpa kat kenduri arip.. hahaha

Emosi Bukan?

Monday, March 8, 2010

Jangan percaya kepada diri sendiri

maaflah kerana sudah lama tidak mengemaskini blog. momentum utk menulis blog semakin lama semakin pudar.

merujuk kepada topik diatas, ia merujuk kepada baka2 yang sejenis dengan diri saya. mungkin kepada mereka yang tidak seperti saya, mungkin anda pernah juga merasai apa yang kerap kali berlaku kepada diri ini.

mengapa saya berkata sedimikian? sedangkan ramai orang sentiasa bersikap optimistik terhadap diri sendiri. dan sikap optimistik itu penting

mengapa saya berkata sedemikian?

mungkin kerana terlalu percaya pada diri sendiri mungkin akan membawa padah.

Mengapa? pernahkah anda percaya bahawa anda ingin tidur sekejap dan bangun awal pagi untuk meneruskan pelajaran? berehar seketika selepas itu meneruskan asaimen yang berlambak2? main game SEBENTAR untuk menghilangkan stress ketika study?

saya pernah. jam 3 pagi. tidur kejaplah, pukul 6 bangun untuk studi. dan exam pada pukul 2.3o ptg. kerana percayakan diri sendiri, saya pun tidur. akibatnya, terjaga pada pukul 1.30 ptg dan masih belum mula apa apa pun.. akhirnya menjawab soalan berdasarkan naluri sahaja.. haha..

ini adalah cuma salah satu contoh akibat terlalu percayakan diri sendiri. banyak lagi contoh2 yang nyaris mengakibatkan kemalangan besar. mujurlah naluri saya begitu hebat.. haha

sekian..

Monday, February 15, 2010

Selepas 6 tahun...

Selepas 6 tahun, semenjak dari tingkatan 5, saya telahpun berusia 23 tahun..

Intro yang menarik bukan?

Sebenarnya, setelah 6 tahun, saya bertemu semula dengan rakan2 sekolah menengah saya. Oceng Najib,Azpa, Alip, dan Safuan (tidak mengikut urutan kesukaan).bolehlah diibaratkan mini re-u(walaupun tidak sampai 1% dari populasi pelajar).

Pertemuan diadakan bertempat di midvalley. tempat dipilih berdasarkan kemobilan semua orang untuk hadir ke tempat tersebut, dan semua orang patutnya berjumpa pada pukul 11 pagi.

Dengan semangatnya menetapkan jam pada pukul 9.30 pagi.(mlm smlm)

Jam 11 pagi. Masih tidur...

Jam 12 tghhari. keluar menaiki kenderaan awam. haha, tidak lewat rupanya. baru terlihat kelibat 2 orang. kira dapat pingat gangsa dlm kehadiran. Azpa dan Safuan.

Seorang demi seorang datang. dan cukuplah semuanya. Bertegursapa, makan dan pulang kerumah.. dan borak juga.

haha..





Nak Letak gambar Juga

Selepas membelek2 blog rakan2 saya ataupun blog orang ain, baru saya sedar apa kurangnya blog saya. perkara yang paling jelas dan nyata sekali ialah kekurangan gambar. Gambar2 yang begitu indah, yang sedap mata memandang yang telah diedit menggunakan photoshop. mungkin saya tidak tahu menggunakan perisian itu, jadi saya terpaksalah bermula dengan perisian yang mudah, iaitu Microsft Paint. Maaflah kalau tidak cantik. Saksikanlah...

Inilah Teman2 Saya Semasa Berada Di Uia..

Wednesday, February 10, 2010

Early Bird Gets The Worm

Mungkin Setiap hari anda mendengar peribahasa, tidak kiralah secara langsung ataupun tidak secara langsung. tapi pernahkan anda semua terfikir mengenai perspektif suatu peribahasa itu? jika anda melihat peribahasa dai sudut yang lain, mungkin ia akan membawa padah.

Sebagai contoh, kita ambil peribahasa ini,
" Early bird gets the worm"

Jika seekor tikus rumah meggunakan peribahsa ini, mungkin ia akan membawa padah kepada dirinya kerana,
" The Second Mouse will get the cheese from the trap"

Ini kerana tikus yang keluar awal tadi sudahpun terkena perangkap tikus yang disediakan.Sudah pasti tikus yang keluar awal tadi akan berasa bengang dengan peribahasa yang sering digunakan itu.

Bagaimana pula dengan cacing? Sekiranya dia keluar awal, sudah pasti dia akan dimakan oleh burung yang keluar awal. pasti keluarganya akan berasa kecewa.

Mungkin terdapat banyak lagi peribahasa2 yang jika dilihat dari perspektif yang berlainan, akan membawa lebih banyak keburukan.


Thursday, February 4, 2010

Perasaan - Marah

Setiap manusia di dunia ini mempunyai perasaan. tahap perasaan seseorang adalah sangat berbeza. ada yang sangat perasan dan ade yang kurang perasan.

namun bagi saya, seperti telah kehilangan beberapa perasaan yang agak penting bagi seseorang. tapi, tidak semua perasaan hilang begitu sahaja, bahkan ada sesetengah perasaan yang semakin kuat, contohnya seperti perasaan lapar. perasaan ini sangat kuat ketika saya menulis blog ini.

berbalik semula kepada perasaan yang telah hilang, antara perasaan yang telah lama hilang didalam diri saya ialah perasaan marah. serius saya katakan, sudah lama saya tidak marah. saya pun hairan. sudah menjadi terlampau pesimis..

sebagai contoh, saya tiba2 menarik diri dar keluar bersama seorang rakan, dia marah. lalu dia bertanya, apa yang awak rasa kalau saya yang tiba2 menarik diri untuk keluar bersama? Dengan tidak ikhlasnya saya menjawab, "Mestilah marah". walhal di dalam hati ini, saya mungkin akan berprasangka, oh, mungkin dia ada hal lagi penting kot, mungkin lain hari moleh keluar lagi."

Marah juga mempunyai beberapa kategori. Antaranya ialah:
  1. Marah Bertempat - Mungkin sesetengah tempat di dunia ini mungkin mencetuskan kemarahan dia. mungkin sehjarah silam yang menghantuinya, ataupun dia memang x suka dekat tempat tu.
  2. Marah tidak bertempat - Manusia jenis ini memang payah. kita tidak tahu tempat dimana dia hendak marah. mungkin suatu hari ketika anda menaiki bas bersama sama, anda akan dimarahi oleh dia.
  3. Marah Betul - Dia yakin dia betul dia marah ataupun dia marah sebab dia betul.
  4. Marah Marah Ayam - Mungkin ingin mengada ngada bersama dengan tersayang dan diharap akan dipujuk.
mungkin terdapat banyak lagi jenis2 kemarahan yang ada.

pada pendapat saya, semakin tinggi nilai kesabaran seseorang itu, semakin tinggi kuasa kemarahannya.

Monday, January 18, 2010

Ilham

hmm.. inilah entri pertama yang sebenar2nya.. tiba2 shj rasa nak tulis blog.. hairan sungguh.

Rasa macam nak tulis, tetapi tiada idea..

jadi terus la tulis pasal idea ni.

macam mana blogger boleh ada idea untuk tulis blog ni? kepada para fotografer mungkin mudah untuk mereka untuk mengupload karya2 mereka. lagipun mereka memang orang seni, sudah pasti mempunyai jutaan idea untuk diblogkan.

Setelah lama berfikir dan meninjau2 blog yang lain, mungkin inilah faktor2 yang menyumbang kepada idea2 blogger ini:

  1. memang dilahirkan untuk menulis blog. semenjak dilahirkan, mereka memang mempunyai fikiran seperti seorang blogger.
  2. mungkin mengambil matapelajaran blogging semasa disekolah atau di universiti dan mendapat keputusan yang cemerlang.
  3. Seorang yang baik hati dan pemalu. tidak mahu memarahi orang lain secara terbuka lalu diblogkan perasaan itu.
  4. mempunyai hobi yang pelik, iaitu menaip. daripada menaip x tentu arah, lebih baik buat blog, dah taip lpas tu org boleh baca.
  5. mempunyai talian internet yang sangat laju dan x tahu nak nak buat apa dah.. nak download movie pun semua dah tengok.
  6. sangat berharap satu hari nanti pengarah filem terbaca blog mereka dan ingin menjadikannya sebuah filem yang berkos tinggi.

Sunday, January 3, 2010

Tahniah

Setelah 2 tahun blog ini tercipta.. inilah post pertama.. wahaha