Friday, April 30, 2010

Korean Invasion

Sudah lama tidak mengemaskini blog.

Sudah lama hendak tulis blog mengenai tajuk ini, tapi tiada masa.

Sekarang ada masa. Jadi tulislah blog pasal ini.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, terjadilah satu fenomena yang aneh di bilik saya. Mungkinkah tentera korea menyerang bilik saya? tidak. sebenarnya invasi dari korea ini hadir dalam bentuk yang lain. Dikala peperiksaan akhir tahun semakin hampir, ia hadir. Ya, ia hadir dalam kumpulan, samada berenam ataupun bersembilan, ia terus menyerang kepala otak saya. Serangan yang dimaksudkan ialah kumpulan penyanyi wanita korea.

Gee, Oh, Bopeep dan Mr.

Apakah ini semua?

Ya, jika anda menyebutnya 100x, maka ia akan menjadi korus lagu yang berjaya. Serius saya katakan, semasa peperiksaan akhir semester, lagu2 ini sering berkumandang di dlm kepala.

Berbekalkan korus2 yg "menangkap" dan rupa paras yang comel, serta tarian yang comel serta seksi, ia berjaya membuatkan saya untk belajar bahasa korea. kalau rajin saya akan muatnaik beberapa video ke blog.

Sekan.

Friday, April 9, 2010

Ini Entri Emosi

Sudah sekian lama tidak menulis blog.

Ini Entri emosi. Ya. Memang ini entri yang emosi. Haiz~~

Aidil mungkin akan ketawa apabila melihat entri ini. Ini kerana saya jarang mengeluarkan sesuatu yg beremosi seperti ini. Mungkin sedih apabila meninggalkan sahabat2 yang telah 5 tahun bersama. 5 tahun yang dikongsi, pelbagai aktiviti telah diharungi bersama. jatuh motor, keluar beramai2. pergi ke kelas dan lain2. Adakah lagi kemungkinan yang sekumpulan manusia ini akan tinggal bersama2 didalam satu rumah dan melakukan aktiviti bersama? mungkin ya, mungkin tidak. masing2 mempunyai haluan yang ingin dituju oleh masing2.

Seorang demi seorang pulang kerumah. dan ketika ini, tinggallah saya seorang diri di dlam bilik yng kosong, yang tidak berapa lama dahulu dipenuhi dgn gelak tawa semua orang. Setiap masalah ditangani bersama.(Lol Air mata dah keluar >,<)

Syarman, Aidil, Ariep, Syahidi, Non, Muaz, Tokey, Iz, Pejai, Jack, Toksheh.. oh Hapis Suhaini juga la.. dan juga motor Elit 150 warna hitam,

Terima kasih dan saya berbangga mempunyai kawan seperti anda semua. Semoga berjaya.. nex wik jmpa kat kenduri arip.. hahaha

Emosi Bukan?