Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0

Selamat tengah hari semua.
Sekian lama tidak mengupdate blog ini.

Ini bukanlah entri berbaur politik yang ingin menghasut mana2 pihak, akan tetapi entri ini lebih kepada persepsi orang ramai dan juga ego manusia.

Saya begitu tertarik dengan kebanyakkan komen dari orang kebiasaan, orang ketidakbiasaan dan  juga orang yang agak bijaksana melontarkan hujah2 mereka.

Tidak perlu dibicarakan lagi mengenai apa itu bersih, saya tahu semua sudah tahu apa itu bersih. dan tidak perlulah saya rungkaikan apa tujuan utama demo ini dilakukan.

Pertama kalinya, kita boleh bahagikan jenis pengkomen2 yang berada di fisbuk ini.
     a) pro bersih - akan meletakkan isu2 yang menyokong statemen mereka. walaupun tidak salah, tapi tidak
                            juga betul. dan juga tujuan bersih
     b) noob bersih - akan mengepost mengenai demo, tujuan dan lokasi yang menyusahkan orang ramai.
                               kenapa perlu dibuat di tengah bandaraya, dan tidak dibuat di tempat lain.
     c) neutral bersih - menyokong tujuan bersih dan membantah demo.
     d) golongan khas - tidak kisah dan tidur dirumah.

Secara jujurnya, saya mungkin berada dikategori d, tapi saya tidak juga menyalahkan kategori2 lain yang berada diatas, semuanya saling memerlukan.

Bak kata salah seorang pemandu teksi yang saya pernah naik, semua benda dicipta berpasangan, untuk mengimbangkan segalanya. Begitu juga dengan kategori diatas. Sekiranya semua orang di golongan D, maka lingkuplah mana2 negara sekalipun.

Berbalik kepada ego, saya terlihat debat diantara golongan a dan b, yang memberikan hujah2 mereka sendiri. Apakah yang ingin dibuktikan? Mereka terlalu taksub dengan kesalahan yang lain sehingga gagal untuk melihat apa yang benar, dan percayalah, tiada asas yang kukuh dan bukti yang dapat diberikan, semuanya berdasarkan perbualan orang ramai dan kabar angin yang jika mereka rasa memihak kepada mereka, mereka akan percaya. Sekiranya perasaan ego ini dikurangkan, mungkin kita akan mampu memperoleh keamanan sejagat. haha.

Memang mustahil untuk memperoleh kata sepakat, tatkala di zaman ini.

Pada pendapat saya, bukan orang yang korupsi yang menyalahgunakan kuasa, akan tetapi kuasa yang mengkorupsikan orang tersebut. tidak kira siapa (cuma seorang sahaja yg saya mampu fikir untuk memimpin dgn adil, tapi itu cuma pendapat saya dan ianya satu perkara yang subjektif)

Maaflah kerana entri ini agak serius.

Sekian

No comments: